Thursday, April 29, 2010

Nering


Bukit Nering mugkin satu nama yang asing bagi warga muda ulu cheka tapi bagi kawas nama itu amat sinonim dengan keluarga kami.Di sinilah tempat tangisan pertamaku didengari.Syukur kawas merupakan anak ke 8 dalam keluara yang tinggal dan merangkap anak bongsu le.Hari ini tempat ini bukan bukit nering lagi tapi terkenal sebagai empang pertama,sempena empang atau gedung tempat orang cari ikan.Ingat tak deme melodek ikan perun,sepat,sembilang,puyu,toman dan lain-lain spesis ikan.Banyak sangat...boleh isi dalam sumpit mengkuang dan renjing.Rasa kawas ramai tak pernah dengar benda ni.Itulah nostalgia namanya.Lepas itu ikan boleh buat gulai masam dan kalau dah banyak buat salai.Satu lagi yang kawas ingat pagi-pagi lagi bergaya sakan dulu sebab nak shoping atas benteng gedung ramai pulak orang jual makanan.Kat rumah kak sabai tu macam pekan sari.Kat rumah kawas ramai juga.Hari ini gedung tu dah tak macam dulu,agaknya mengikut arus pembangunan juga.Kawasan kat sini dah nak jadi kawasan perumahan keluarga.nampak gayanya nak makan ikan buat gedung sendiri.sendiri bekoh dan sendiri tangkap.

Ingatlah walau dimana kita berada,janganlah kita lupa tempat kita dilahirkan.Walaupun tempat kita tidak sehebat tempat lain tetapi yang pasti tetap hebat dihati kita sendiri.

Jika ingin mencari kawan.

Apabila ingin berkawan,
jangan kerana kelebihannya,
Kerana dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya,
Andai kita ingin berkawan,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya.
Andai kita ingin berkawan,
Janganlah kerana ilmunya,
kerana jika dia buntu,
KIta akan memfitnahnya.
Andai kita ingin berkawan,
Janganlah kerana sifat cerianya,
kerana jika dia tidak pandai menceriakan,
Kita akan menyalahkanya.
Andai kita ingin berkawan,
Terimalah seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa.
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna,
Tapi bersahabatlah kerana Allah.